Sedalam mana rakyat Malaysia memahami diabetes?
Kami menganjurkan eksperimen sosial dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran mereka tentang diabetes.
For Your Sweetheart merupakan kempen kesedaran awam dan pendidikan
yang dianjurkan oleh
Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS)
dan
Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES)
, dengan sokongan oleh Boehringer Ingelheim bagi mendidik orang
ramai terutamanya pesakit diabetes mengenai hubungan antara
diabetes dengan penyakit kardiovaskular.
Kempen ini juga bertujuan untuk menekankan kepentingan bagi
pesakit diabetes untuk menjaga kesihatan jantung mereka. Pesakit
serta penjaga mereka harus memahami bahawa mereka lebih berisiko
mendapat penyakit kardiovaskular. Mereka digalakkan untuk
berbincang dengan doktor untuk melindungi jantung serta mencegah
penyakit kardiovaskular serta kematian yang dikaitrapat dengannya.