Have you collected our free ebook yet?   Click here  to get a copy.
nasihat pakar
Menekankan Kepentingan Pemeriksaan Diabetes Terutama Ketika Pandemik Covid-19
Menekankan Kepentingan Pemeriksaan Diabetes Terutama Ketika Pandemik Covid-19

Ketika ini, Malaysia masih lagi memerangi virus Covid-19, dengan lebih dari 24,078 kematian berkaitan coronavirus dicatatkan sejak pandemik bermula di negara ini. Tujuh dari sepuluh orang yang menghidap COVID-19 di Malaysia adalah dari kalangan mereka yang mempunyai penyakit diabetes1 . Kajian mendapati bahawa penghidap diabetes adalah 3 hingga 4 kali lebih mudah untuk mengalami gejala COVID-19 yang serius berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes2. Pesakit diabetes adalah antara kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi virus COVID-19 dan Malaysia kini mempunyai lebih daripada 3.5 juta penghidap diabetes. Namun, masih ramai yang tidak menyedari atau lewat mengetahui yang mereka menghidap penyakit diabetes.

Bagi menekankan keperluan dan merapatkan jurang ini di Malaysia, For Your Sweetheart Campaign menjemput semua rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan diri dan orang tersayang menerus Pemeriksaan Diabetes PERCUMA di klinik-klink yang mengambil bahagian di seluruh negara. Inisiatif murni dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang hubung kait antara diabetes dan penyakit jantung, dan usaha Pemeriksaan Diabetes PERCUMA ini mendapat sokongan dari Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).

Untuk tahun ketiga, kempen kali ini membawakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c Percuma untuk semua rakyat Malaysia. Kesedaran dan pengetahuan sama ada seseorang itu menghidap diabetes adalah langkah pertama untuk pengurusan risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan diabetes. Ianya penting apatah lagi ketika keadaan krisis Covid-19 semakin meruncing dan penghidap diabetes dianggap golongan berisiko tinggi. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal adalah penting. Kempen For Your Sweetheart cukup teruja dalam memainkan peranan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengesan penyakit diabetes lebih awal menerusi Pemeriksaan Diabetes Percuma.

Mengulas mengenai vaksin Covid-19 untuk pesakit diabetes, Dr Miza Hiryanti Binti Zakaria, Konsultan Endokrinologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Malaysia berkata, “Untuk memenangi Covid-19, beberapa langkah telah dilaksanakan. Ini termasuk memakai topeng pelindung muka, mengamalkan penjarakan sosial dan yang paling penting adalah dengan mencapai imuniti berkelompok melalui vaksinasi. Kumpulan berisiko tinggi, seperti pesakit diabetes, harus divaksin secepat mungkin. Vaksin direka untuk memprogramkan sistem ketahanan tubuh agar dapat mengenali dan menyekat virus yang menyebabkan Covid-19 dengan selamat."

Dr Miza turut menyatakan bahawa pesakit diabetes perlu konsult dengan penjaga kesihatan atau doktor mereka sebelum vaksinasi bagi membantu mereka merancang pelan pengurusan hari sakit mereka bagi menangani kemungkinan kesan sampingan vaksin. "Ubat-ubatan diabetes tidak mempengaruhi keberkesanan vaksin, dan begitu juga sebaliknya. Beberapa kesan sampingan boleh menyebabkan turun naik gula dalam darah, maka penting untuk mengetahui bagaimana menangani situasi tersebut dan mendapatkan nasihat perubatan jika diperlukan,” tambah Dr Miza.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan pemeriksaan diabetes percuma Kempen For Your Sweetheart:

Langkah 1: Klik butang “Dapatkan Baucar Ujian Diabetes PERCUMA”.

Langkah 2: Pilih negeri semasa anda.

Langkah 3: Skrol dan pilih cawangan/klinik pilihan anda.

Langkah 4: *Tekan ‘Download’ untuk memuat turun baucar anda*

Langkah 5: Hubungi cawangan/klinik yang mengambil bahagian untuk membuat temu janji Pemeriksaan Diabetes Percuma

Langkah 6: Hadirkan diri di cawangan/klinik yang mengambil bahagian pada hari/waktu temu janji yang dijadualkan untuk Pemeriksaan Diabetes Percuma.

*Setiap cawangan/klinik menawarkan bilangan baucar yang terhad, berdasarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pemeriksaan Diabetes PERCUMA ‘For Your Sweetheart’ bermula dari Julai sehinga Disember 2021.

Artikel Lain
Anda Mungkin Berminat

Rujukan:

1 KPK Press Statement and National COVID-19 Mortality Review Committee, COVID-19 Mortality Statistics in Malaysia – An infographic by Institute for Clinical Research, cross reference : https://codeblue.galencentre.org/2020/10/13/nih-70-of-malaysias-coronavirus-fatalities-had-diabetes/ [Accessed July 2021]

2 Gregory JM, Slaughter JC, Duffus SH, et al. COVID-19 severity is tripled in the diabetes community: a prospective analysis of the pandemic’s impact in type 1 and type 2 diabetes. Diabetes Care. 2021;44(2):526-532.