Have you collected our free ebook yet?   Click here  to get a copy.
nasihat pakar
“Jaga” Diabetes Sebelum Jantung Anda Binasa @Astro Awani

Kawal pengambilan gula demi jantung yang sihat

KUALA LUMPUR: Diabetes atau dikenali juga sebagai penyakit kencing manis merupakan antara penyakit 'popular' yang dihidapi rakyat Malaysia.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menganggarkan, seramai 3.9 juta penduduk berusia 18 tahun dan ke atas di negara ini menghidapi penyakit tersebut.

Ketua Bahagian Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Imran Zainal Abidin berkata, penyakit itu juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kardiovaskular (jantung).

“Apabila ada pengumpulan kolesterol dalam salur darah jantung yang lama-kelamaan boleh tertutup, ini menyebabkan serangan jantung berlaku.

“Bila kadar gula tinggi menyebabkan kolesterol kelam kabut dan tekanan darah meningkat termasuk tempoh masa gula sudah ada di dalam badan kita,” katanya menerusi webinar -- “Jaga” Diabetes Sebelum Jantung Anda Binasa di LINC@Astro AWANI baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Sub-Kepakaran Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zanariah Hussein berkata, satu daripada empat individu di negara ini berkemungkinan menghidapi diabetes.

“Satu daripada empat orang bersamaan 23 peratus berkemungkinan untuk menghidapi diabetes. Kajian saintifik (mendapati) kompilasi telah timbul (terhadap pesakit) sejak dari pradiabetes seperti di bahagian mata dan jantung,” jelasnya.

Bagaimanapun jelasnya, individu berusia 30 tahun ke atas dinasihatkan agar kerap membuat saringan kesihatan meskipun tidak mempunyai symptom penyakit berkenaan.

Ia bagi memastikan pesakit dapat mengesan awal penyakit tersebut, sekali gus memudahkan rawatan dilakukan segera.

“Kita sarankan bila umur mencecah 30 tahun ke atas untuk buat saringan diabetes, walaupun tiada keturunan diabetes, tiada sakit-sakit lain.

“Ini semua kita perlu tahu awal kerana beban penyakit tak berjangkit sangat tinggi. Kalau yang ada simptom atau melalui keturunan, cepat buat pemeriksaan,” katanya lagi.

Justerunya, webinar ini bertujuan untuk menekankan kepentingan bagi pesakit diabetes untuk menjaga kesihatan jantung mereka serta digalakkan berbincang dengan doktor untuk melindungi jantung serta mencegah penyakit kardiovaskular serta kematian yang dikait rapat dengannya.

Artikel Lain
Anda Mungkin Berminat