Diabetes dan
Jantung Anda

Diabetes meningkatkan risiko seseorang diserang penyakit kardiovaskular sebanyak empat kali ganda.1 Penyakit kardiovaskular adalah punca bagi 50.3% kematian dalam kalangan pesakit diabetes.2

Namun, tidak ramai pesakit diabetes sedar bahawa diabetes boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular. Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi risiko anda diserang penyakit kardiovaskular.2

Bagaimanakah Diabetes
Boleh Mengakibatkan Penyakit Kardiovaskular?

Apabila anda menghidap diabetes, ini bermakna anda mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah.4 Jika paras gula dalam darah tidak dikawal, ia akan menjejaskan saluran darah dan saraf yang dihubung ke jantung. Ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kardiovaskular. Pesakit diabetes lebih cenderung diserang penyakit kardiovaskular pada usia muda berbanding dengan mereka yang tidak menghidap diabetes.

Antara punca lazim penyakit kardiovaskular dalam kalangan pesakit diabetes ialah pengerasan arteri, akibat pengumpulan kolesterol dalam saluran darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrisi ke jantung.3 Apabila plak kolesterol di dalam badan hancur, tubuh badan akan cuba membaiki pecahan plak dengan menghantar platelet untuk menampalnya.5 Disebabkan kesempitan laluan arteri, platelet mungkin akan menyekat peredaran darah serta penghantaran oksigen lalu menyebabkan serangan jantung berlaku.5

Proses yang sama boleh berlaku dalam mana-mana arteri dalam tubuh badan, dan menyebabkan kekurangan darah ke otak. Lama-kelamaan, ini boleh akibatkan serangan strok.5 Selain itu, kekurangan aliran darah pada kaki, tapak tangan, atau lengan juga boleh menyebabkan gangguan aliran darah.5

Bagi pesakit diabetes dewasa, punca lazim kematian adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.3 Malahan, pesakit diabetes mempunyai dua kali ganda risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.5

Tanda-tanda dan Gejala
Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular berlaku dan bertambah teruk secara beransuran. Ianya amat sukar dikesan pada peringkat awal kerana tiada tanda-tanda atau gejala yang nyata. Kebanyakan pesakit hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit kardiovaskular apabila mengalami serangan jantung atau serangan strok.5 Jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila jumpa doktor dengan segera untuk dapatkan rawatan perubatan.

Berikut merupakan gejala-gejala yang boleh diperhatikan:7

shortness breath

Sesak nafas

Feeling faint and dizzy

Rasa lemah dan pening

shortness breath

Peluh berlebihan

Pain

Sakit di bahagian bahu, rahang dan lengan kiri

Chest pain or pressure

Sakit dada

Indigestion or nausea

Ketidakhadaman dan rasa mual, loya

diabetics prevent heart diseases

Bagaimanakah Anda Boleh
Mencegah Penyakit Kardiovaskular?

Jika anda menghidap diabetes, mengetahui risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular cuma langkah yang pertama.
Selain daripada memantau paras gula dalam darah, keprihatinan terhadap kesihatan jantung juga amatlah penting.

diabetics prevent heart diseases

Beberapa cara-cara menjaga kesihatan jantung anda:3

healthy balanced diet
Mengamalkan diet yang seimbang & sihat

Lebihkan sayuran, buah-buahan, bijiran penuh dan kekacang. Sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan, dan soya serta karbohidrat kompleks seperti bijiran penuh lebih berkhasiat untuk anda.

Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti minuman ringan, makanan diproses serta daging merah, seperti daging lembu dan daging kambing, yang kaya dengan lemak dan kolesterol 'kurang baik'.

Exercise regularly
Bersenam

Pilih aktiviti yang anda gemari. Sama ada berjalan, jogging, bermain badminton bersama teman-teman, menari, yoga ataupun bersenam di gym. Kajian mendapati sebarang jenis senaman statik atau dinamik membantu dalam mengurangkan faktor risiko kardiovaskular sebanyak 30% - 70%.8

Under control
Kawal paras kolesterol dan tekanan darah anda

Sasaran tekanan darah bagi mereka yang menghidap diabetes perlu berada di bawah 135/75 mmHg.7 Pastikan anda berjumpa dengan pakar kardiologi secara berkala bagi menjaga kesihatan jantung anda.

Get enough sleep
Tidur yang mencukupi

Tidur membantu mengurangkan tekanan darah. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, tekanan darah anda mungkin berada pada paras yang tinggi. Ini boleh mengakibatkan komplikasi jantung.

Quit smoking
Berhenti Merokok

Merokok merupakan antara punca utama bagi masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular. Dengan tambahan diabetes, anda mungkin berisiko lebih tinggi untuk diserang komplikasi jantung.

Rujukan:

1 Card Fail Rev. 2017 Apr; 3(1): 52–55)

2 Einarson, T. R., Acs, A., Ludwig, C., & Panton, U. H. (2018). Prevalence of cardiovascular disease in type 2 diabetes: a systematic literature review of scientific evidence from across the world in 2007–2017. Cardiovascular Diabetology, 17(1), 1–1. doi: 10.1186/s12933-018-0728-6

3 National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetes, Heart Disease, and Stroke. Available on https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/heart-disease-stroke. Last accessed 14 August 2019.

4 National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetes Overview, What is Diabetes. Available on: https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes. Last accessed 15 July 2019

5 The Diabetes Council. The connection between diabetes, heart disease, and stroke. Available on: https://www.thediabetescouncil.com/the-connection-between-diabetes-heart-disease-and-stroke/

6 Mayo Clinic. Heart Attack. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-attack/symptoms-causes/syc-20373106

7 Management of Type 2 Diabetes Mellitus 5th edition, 2015.

8 Medical News Today. Strength training tied to better heart health than aerobic. Available on https://www.medicalnewstoday.com/articles/323732.php. Last accessed 14 August 2019.