Diabetes 101

Malaysia merupakan negara 'paling manis' di Asia1 dengan kira-kira 3.5 juta pesakit diabetes.2 Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30% menjelang 2025.3 Pada masa itu, 1 dalam setiap 3 orang di Malaysia akan menghidap diabetes.3

Jenis Diabetes

Diabetes merupakan penyakit yang berlaku apabila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada paras yang biasa.4 Ini merupakan satu penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas tidak lagi menghasilkan insulin yang mencukupi ataupun badan tidak mampu menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.4 Insulin ialah sejenis hormon yang mengawal penggunaan dan penyimpanan gula dan lemak.5 Sel-sel badan bergantung kepada insulin untuk mengambil gula dari darah bagi menghasilkan sumber tenaga.5 Paras gula tinggi dalam darah boleh mengakibatkan masalah kesihatan jangka masa panjang dan pendek.4

Antara komplikasi lazim diabetes termasuklah serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang, amputasi anggota badan, masalah penglihatan, dan lain-lain.4 Terdapat tiga jenis diabetes4, yang membabitkan insulin dengan cara berbeza. Diabetes yang paling lazim adalah Diabetes Jenis 2. Selain itu, terdapat juga Diabetes Jenis 1 dan Gestational Diabetes, yang menyerang para ibu ketika sedang hamil.

Diabetes Jenis 16

Diabetes Jenis 1 merupakan penyakit kronik di mana pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula dalam darah.Ini lebih lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi boleh juga menyerang orang dewasa. Penyakit ini boleh berlaku pada bila-bila waktu dan disumbangkan oleh genetik dan virus. Bagi menguruskan penyakit ini, pesakit perlu mengubah diet dan gaya hidup mereka serta melakukan rawatan insulin bagi mengawal paras gula dalam darah.

Diabetes Jenis 27

Diabetes Jenis 2 merupakan diabetes paling lazim di Malaysia. Ia merupakan penyakit kronik yang mengganggu paras gula dalam darah. Jika anda menghidap Diabetes Jenis 2, badan anda mungkin menolak insulin atau tidak menghasilkan insulin yang mencukupi bagi memastikan paras gula yang normal. Penyakit ini juga dikenali sebagai rintangan insulin.5

Diabetes jenis ini boleh menyerang pada mana-mana peringkat umur, tetapi lebih lazim pada usia lanjut. Diabetes Jenis 2 biasanya sukar dikesan, terutamanya pada peringkat awal di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala yang nyata. Namun, ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi pada tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, mata, dan saraf. Oleh itu, kawalan paras gula dalam darah adalah amat penting dan pemeriksaan susulan harus diamalkan.

Gestasional Diabetes (Diabetes Ketika Hamil)8

Gestasional Diabetes berlaku apabila badan wanita hamil tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah dalam tempoh kehamilan. Ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan, tetapi lebih lazim dikesan pada trimester kedua atau ketiga. Ibu hamil boleh menjaga kesihatan mereka dengan melakukan senaman dan diet yang sihat. Bagi kebanyakan mereka, paras gula dalam darah akan kembali ke paras biasa selepas kelahiran bayi. Namun begitu, bagi wanita yang pernah mengalami Gestational Diabetes, risiko mereka diserang Diabetes Jenis 2 pada masa hadapan adalah lebih tinggi.

Punca Diabetes

Ada sesetengah orang yang lebih cenderung menghidap diabetes daripada orang lain. Berikut merupakan faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko diabetes7:

Family history
Sejarah Keluarga

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap Diabetes Jenis 2, ini mungkin akan meningkatkan risiko anda untuk menghidap Diabetes Jenis 2.

Weight
Berat Badan

Berat badan berlebihan atau obesiti meningkatkan risiko Diabetes Jenis 2. Walaubagaimanapun, faktor berat badan terutamanya kegemukan bukanlah punca utama untuk pesakit menghidap Diabetes Jenis 2.

Inactivity
Tidak Aktif

Tabiat hidup yang kurang aktif boleh mengakibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan, termasuklah diabetes. Bersenam boleh membantu mengawal berat badan - ini membolehkan badan untuk menggunakan gula sebagai tenaga serta meningkatkan sensitiviti insulin terhadap sel-sel dalam tubuh.

age
Umur

Risiko Diabetes Jenis 2 meningkat dengan umur. Kebanyakan dewasa di dalam lingkungan umur 45 tahun ke atas kurang bersenam, mempunyai risiko kenaikan berat badan apabila jisim otot berkurangan. Ini sekaligus meningkatkan risiko pesakit untuk menghidap diabetes.

Namun begitu, Diabetes Jenis 2 juga kini semakin lazim dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa muda.

Tanda-tanda dan Gejala

Tanda-tanda dan gejala diabetes sememangnya lazim dan mudah dilepas pandang. Kebanyakan pesakit diabetes tidak sedar mereka sudah menghidap penyakit sehingga mereka diserang dengan komplikasi yang dikaitkan diabetes. Berikut merupakan gejala-gejala lazim yang boleh diperhatikan8:

Diagnosis

Jika anda mengalami sebarang gejala yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat lanjut. Diabetes boleh disahkan menerusi ujian A1C.9

Ujian A1C merupakan satu ujian darah ringkas yang mengukur purata paras gula dalam darah bagi 2-3 bulan terdahulu. Paras A1C pada 6.5% dan ke atas menunjukkan anda mungkin menghidap diabetes.9 Manakala paras A1C pada 5.7% – 6.4% pula diklasifikasikan sebagai pra-diabetes.9

Jika ujian A1C tidak didapati, atau jika anda inginkan pendapat kedua, anda juga boleh dapatkan ujian-ujian berikut:

Random blood sugar test
Ujian Gula Darah Rawak9

Ujian ini dijalankan secara rawak tanpa mengambil kira pengaruh waktu makan terakhir anda. Jika paras gula dalam darah adalah 11.1 milimole setiap liter (mmol/L) atau 200 miligram setiap deciliter (mg/dL) dan ke atas, anda mungkin menghidap diabetes.

Fasting glucose test
Ujian Gula Darah Berpuasa9

Pengambilan darah bagi ujian ini dilakukan selepas anda berpuasa semalaman. Paras gula bawah 5.6 mmol/L (100mg/dL) adalah normal manakala jika ia berada di antara 5.6-6.9 mmol/L (100-125 mg/dL) dianggap dianggap sebagai pra-diabetes. Jika dua ujian berbeza menunjukkan bacaan lebih tinggi daripada 7 mmol/L (126 mg/dL), anda mungkin menghidap diabetes.

Oral Glucose Tolerance Test
Ujian Toleransi Gula (OGTT)9

Ujian ini perlukan anda mengambil minuman yang mengandungi glukosa (gula) bagi menjalani pemeriksaan paras gula setiap 30 hingga 60 minit selama tempoh 3 jam. Jika paras gula adalah 11.1 mmol/L (200 mg/dL) atau lebih selepas 2 jam, anda mungkin menghidap diabetes.

Rawatan Diabetes

Pesakit diabetes harus mengubah gaya hidup mereka bagi menurunkan paras gula dalam darah secara semulajadi. Pesakit juga harus patuhi rawatan yang disarankan dan hadiri pemeriksaan susulan bersama doktor. Ini boleh membantu mengurangkan risiko perkembangan komplikasi kesihatan lain.

Pengurusan bagi Diabetes Jenis 2 termasuklah:

Weight loss
Penurunan Berat Badan9

Penurunan berat badan sebanyak 5-10% dari berat tubuh boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Penurunan berat badan yang berkekalan sebanyak 7% adalah ideal.

Healthy eating
Pemakanan Sihat9

'Diet khas diabetes' sememangnya tidak wujud. Namun, jika anda menghidap diabetes, anda harus mengawal pemakanan pada jumlah kuantiti yang lebih rendah. Ia juga sangat penting untuk mengurangkan pengambilan gula atau makanan yang mempunyai lemak tepu, dan lebihkan sayuran dan buah-buahan serta makanan yang tinggi dengan serat.

Regular exercise
Bersenam9

Pilih sesuatu yang anda gemari dan boleh lakukan selama 15-30 minit sehari. Anda boleh berjoging atau berjalan di sekitar kawasan perumahan, bermain badminton bersama-sama rakan, menari atau Zumba, yoga ataupun bersenam di gym. Bersenam merupakan cara paling efektif untuk mengawal paras gula dalam darah dan bagi menguruskan diabetes. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda memulakan sebarang senaman.

Blood sugar monitoring
Pemantauan Paras Gula9

Anda mungkin akan dinasihatkan untuk memeriksa serta mencatat rekod paras gula dalam darah secara berkala. Pemantauan berterusan merupakan cara yang paling efektif bagi memastikan paras gula anda berada pada paras yang normal. Bincangkan mengenai kekerapan dan waktu pemantauan dengan doktor anda.

Diabetes medication or insulin therapy
Terapi Insulin atau Ubatan Diabetes9

Sesetengah pesakit mungkin akan diberi perskripsi ubat dari doktor bagi mengawal penyakit diabetes mereka. Ubatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan suntikan, seperti suntikan insulin. Terdapat juga ubatan baru yang menunjukkan kesan positif dalam melindungi jantung di samping mengawal paras gula dalam darah melalui kajian selidik klinikal. Bincang dengan doktor anda tentang ubatan yang paling sesuai bagi anda.

Pencegahan Diabetes

Mereka yang berisiko menghidap Diabetes Jenis 2 boleh mencegahnya dengan10:

healthy food choices

Mengamalkan diet yang sihat

Regular exercise

Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap

healthy weight

Mempunyai berat badan sihat

blood pressure

Menjaga tekanan darah

cholesterol levels

Peka dan menjaga paras kolesterol

Not smoking

Tidak merokok

Rujukan:

1 International Diabetes Federation. Regions and Members. Last accessed 16 July 2019.

2 Ministry of Health Malaysia. National Health & Morbidity Survey 2015: Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems Volume II. Last accessed 16 July 2019

3 Ministry of Health Malaysia. National Strategic Plan for Non-Communicable Disease 2016-2025. Retrieved from http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/National%20Strategic%20Plan/FINAL_NSPNCD.pdf. Last accessed 27 August 2019.

4 National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetes Overview, What is Diabetes. Available on: https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes. Last accessed 15 July 2019

5 Diabetes UK. Body, Insulin. Available on: https://www.diabetes.co.uk/body/insulin.html. Last accessed 9 July 2019

6 Mayo Clinic. Type 1 Diabetes, Symptoms and Causes. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-1-diabetes/symptoms-causes/syc-20353011. Last accessed 16 July 2019

7 Mayo Clinic. Type 2 Diabetes, Symptoms and Causes. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/symptoms-causes/syc-20351193. Last accessed 16 July 2019

8 NHS UK. Gestational Diabetes. Available on: https://www.nhs.uk/conditions/gestational-diabetes/. Last accessed 16 July 2019

9 Mayo Clinic. Type 2 Diabetes, Diagnosis and Treatment. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20351199. Last accessed 17 July 2019

10 Diabetes Australia. Prevention. Available on: https://www.diabetesaustralia.com.au/prevention. Last accessed 9 July 2019