Hidup dengan
Diabetes

Sedalam mana
rakyat Malaysia
memahami diabetes?

Kami menganjurkan eksperimen sosial dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran mereka tentang diabetes.

Kisah Pesakit

Diagnosis diabetes bukan sesuatu yang mudah diterima, tetapi apa yang penting adalah bagaimana anda terus berjuang dan menjaga kesihatan anda. Di sini terdapat kisah dua individu yang menghidap diabetes. Tonton video-video di bawah untuk memahami pengalaman mereka.

Mustapha bin Marikon, 53

“Sebelum ini, saya tidak tahu bahawa diabetes boleh menyebabkan sakit jantung. Saya ingatkan saya mengalami keracunan makanan. Rupa-rupanya, saya diserang sakit jantung dan mempunyai beberapa sekatan dalam arteri. Kebanyakan pesakit diabetes seperti saya juga tidak sedar atau dididik tentang hubungan antara penyakit kardiovaskular dan diabetes.”

Mustapha telah disahkan menghidap diabetes 13 tahun yang lalu. Doktor yang merawat beliau memberitahunya bahawa beliau berisiko lebih tinggi diserangi penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung. Beliau pada awalnya memandang lewa hal itu kerana tidak memahami kaitan rapat antara diabetes dan penyakit kardiovaskular. Tanggapan beliau berubah sama sekali 8 tahun lalu selepas beliau mengalami serangan jantung dan hampir-hampir memerlukan pembedahan pintasan jantung.

Beliau bertuah mendapat peluang kedua dalam hidup setelah mengharungi dua serangan jantung. Semenjak itu, beliau gigih memahami penyakitnya dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Mohd Azfar bin Yaacob, 31

“Saya hanya berumur 26 tahun ketika disahkan menghidap diabetes. Sebelum itu, saya tidak pernah memandang berat pada penyakit tersebut. Itulah sehingga saya sendiri menghidapinya. Anak kecil sayalah motivasi utama saya untuk kekal sihat dan kuat. Saya ingin melihatnya membesar.”

Mohd Azfar sudah menghidap diabetes selama 5 tahun. Beliau sangka diabetes hanya menyerang mereka yang telah berumur. Segalanya berubah apabila beliau disahkan menghidap diabetes pada umur 26 tahun. Sebelum diagnosis tersebut, Azfar tidak sedar bahawa beliau mungkin menghidap diabetes sehingga sahabatnya terperasan satu perubahan drastik pada penampilannya.