Tanya Doktor Anda

  1. Saya menghidap diabetes. Adakah saya perlukan pemeriksaan jantung?
  2. Adakah saya mempunyai risiko untuk diserang sakit jantung atau strok?
  3. Apakah yang perlu saya lakukan bagi melindungi jantung?
  4. Saya sudah lama menghidap diabetes.
    Adakah ia sudah terlambat bagi saya menjaga kesihatan jantung?
  5. Saya menghidap diabetes.
    Bagaimanakah saya boleh mencegah penyakit kardiovaskular?
  6. Saya menghidap diabetes. Haruskah saya bertemu dengan doktor pakar jantung?
  7. Bolehkah saya mencegah penyakit kardiovascular jika saya menghidap diabetes?

Soalan Lazim

Mengenai Diabetes & Jantung

Saya sudah lama menghidap diabetes dan masih sihat. Apakah risiko saya untuk diserang penyakit kardiovaskular?

Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi risiko penyakit kardiovaskular 1.

Sebanyak 40% pesakit diabetes mengalami penyakit kardiovaskular 2, manakala 60% daripada mereka pula meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sila berbincang dengan doktor atau pendidik diabetes anda untuk memahami dengan lebih lanjut cara-cara untuk melindungi jantung anda.

Jika saya mengalami gejala-gejala penyakit kardiovaskular, siapakah yang patut saya temui bagi pemeriksaan?

Anda harus bertemu dengan doktor pakar jantung atau pakar kardiologi untuk pemeriksaan jantung. Terdapat pelbagai hospital awam dan swasta yang menawarkan ujian yang diperlukan.

Jika saya sudah pun menghidap penyakit kardiovaskular, bolehkah ubatan merawatnya?

Jika anda telah disahkan menghidap penyakit kardiovaskular, doktor akan berikan ubatan sewajarnya bagi mencegah komplikasi berterusan pada jantung.

Selain itu, ianya penting untuk mengamalkan diet yang seimbang selain kekal aktif bagi memastikan kesihatan jantung yang baik. Dengan usaha dan disiplin yang secukupnya, kesihatan anda mungkin akan bertambah baik 1.

Adakah mana-mana senaman khusus yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular?

Sebarang bentuk aktiviti fizikal adalah bagus bagi tubuh badan terutamanya jika anda menghidap diabetes 1. Anda boleh berjalan, berjoging, lakukan latihan daya tahan otot. Jika anda boleh melakukan aktiviti yang lebih berat – cubalah latihan berintensiti tinggi (HIIT). Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti 1.

Adakah wujudnya kumpulan sokongan atau badan bukan kerajaan yang menawarkan bimbingan dan sokongan bagi pengurusan diabetes dan kesihatan jantung?

Terdapat beberapa badan bukan kerajaan yang menawarkan pendidikan dan sokongan mengenai pengurusan diabetes dan jantung. Layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES)

Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia merupakan salah sebuah organisasi terulung bagi pakar perubatan yang menyediakan pendidikan dan pengurusan mengenai Diabetes.

Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia adalah salah satu organisasi terulung yang dianggotai pakar perubatan yang menawarkan bimbingan serta pendidikan mengenai pengurusan diabetes.

MDES bertujuan untuk menambahbaik kualiti hidup pesakit diabetes, serta mereka yang berisiko menghidap diabetes, melalui pendidikan dan kesedaran awam bagi meningkatkan kemahiran pengurusan diri mereka.

National Diabetes Institute (NADI)

Institut Diabetes Kebangsan (NADI) ditubuhkan untuk mewujudkan perkhidmatan yang berdedikasi dan menyeluruh kepada pesakit diabetes bagi mencegah dan mengawal diabetes serta komplikasi yang wujud bersama.

Mengenai Diabetes

Apakah yang perlu saya lakukan jika disahkan menghidap Diabetes?

Bincang bersama-sama doktor anda untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penyakit anda dan cara menguruskannya. Selain mengurus diet dan tabiat hidup, anda juga harus mengetahui dengan lebih lanjut mengenai risiko komplikasi serta cara-cara mencegahnya.

Bagaimanakah diabetes boleh menjejaskan hidup?

Jika anda menghidap diabetes, anda perlu lebih peka tentang paras gula dalam darah dan mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat 4. Tahap perubahan ini, drastik mahupun minima, bergantung kepada tahap penyakit anda serta gaya hidup sebelum ini. Dapatkan nasihat doktor atau pendidik diabetes anda tentang cara-cara mengurus diabetes dengan lebih berkesan.

Berapa kerap harus saya temui doktor bagi pemeriksaan susulan?

Ini bergantung kepada keadaan anda dan pendapat doktor. Sesetengah pesakit perlu menghadiri pemeriksaan sekali sebulan manakala ada yang hanya perlu melakukannya sekali dalam tempoh 3 atau 6 bulan. Bincangkan dengan doktor dan pendidik diabetes anda tentang kekerapan pemeriksaan susulan ini.

Bolehkah saya nikmati makanan kegemaran sekiranya saya menghidap diabetes?

Jika makanan kegemaran anda mempunyai kandungan gula, karbohidrat, atau lemak tepu yang tinggi, anda dinasihat untuk elakkan makanan tersebut kerana ia boleh meningkatkan paras gula dalam darah 4. Dapatkan nasihat daripada doktor atau pendidik diabetes anda jika anda masih ingin menikmatinya pada kuantiti yang kecil.

Ahli keluarga saya menghidap diabetes. Adakah saya juga akan diserang diabetes pada masa depan?

Ya, ada kemungkinan tinggi yang anda akan menghidap diabetes pada umur lebih muda 5. Jadi, anda harus mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat untuk mengekalkan kesihatan anda. Anda juga patut menjalankan pemeriksaan sekurangnya setahun sekali. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui cara mencegahnya.

Rujukan:

1 National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetes, Heart Disease, and Stroke. Available on https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/heart-disease-stroke. Last accessed 14 August 2019.

2 Card Fail Rev. 2017 Apr; 3(1): 52–55)

3 Einarson, T. R., Acs, A., Ludwig, C., & Panton, U. H. (2018). Prevalence of cardiovascular disease in type 2 diabetes: a systematic literature review of scientific evidence from across the world in 2007-2017. Cardiovascular Diabetology, 17(1), 1-1. doi: 10.1186/s12933-018-0728-6 

4 Mayo Clinic. Type 2 Diabetes, Diagnosis and Treatment. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/diagnosis-treatment/drc-20351199. Last accessed 17 July 2019

5 Mayo Clinic. Type 2 Diabetes, Symptoms and Causes. Available on: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/type-2-diabetes/symptoms-causes/syc-20351193. Last accessed 16 July 2019