Diabetes & My Heart think diabetes think heart tagline
think diabetes think heart tagline

Kebanyakan orang, terutamanya pesakit diabetes, tahu bahawa penyakit ini boleh menjurus kepada komplikasi lazim seperti masalah penglihatan, amputasi, dan penyakit buah pinggang. Namun masih ramai yang tidak sedar bahawa diabetes juga boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

FAKTA RINGKAS

highest rate

Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia, pada 17.5% dengan lebih daripada 3.5 million pesakit diabetes.2

heart failures

Pesakit diabetes berisiko 4 kali ganda diserang penyakit kardiovaskular.4

kidney disease

Penyakit kardiovaskular adalah punca bagi 50.3% kematian dalam kalangan pesakit diabetes.1

main contribution

Penyakit seperti diabetes, obesiti & hipertensi, merupakan faktor-faktor utama yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.5

Sila jawab kuiz ini

Soalan 1 daripada 4

Apakah punca kematian utama dalam kalangan pesakit diabetes?

Penjelasan:

Lazimnya, diabetes boleh mengakibatkan penyakit kesihatan kronik seperti masalah penglihatan, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, dan amputasi. Namun, penyakit kardiovaskular merupakan punca kematian utama dalam kalangan pesakit diabetes.1

Soalan 2 daripada 4

Lebih daripada 60% pesakit diabetes tinggal di Asia. Pada pandangan anda, negara manakah yang mempunyai kadar pesakit diabetes tertinggi?

Penjelasan:

Dengan kadar diabetes 17.5% yang bersamaan dengan 3.5 juta populasi dewasa menghidap diabetes,2 Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia dan merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Soalan 3 daripada 4

Bagaimanakah seseorang boleh diserang penyakit kardiovaskular menerusi diabetes?

Penjelasan:

Secara beransuran, paras gula yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung dan saluran darah.3 Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi keberangkalian anda mengalami serangan jantung.2

Soalan 4 daripada 4

Apakah yang anda dan ahli keluarga boleh lakukan untuk mengurungkan risiko penyakit kardiovaskular?

Penjelasan:

Jawapan tertera merupakan garis panduan yang bagus, namun setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Bincang dengan doktor untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai risiko penyakit kardiovaskular serta langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya.

null null null null 0 / 0 0 0 null

Terima kasih kerana mengambil kuiz ini!

Jika anda menghidap diabetes, ia adalah sangat penting untuk mengetahui
risiko anda diserang penyakit kardiovaskular.

Layari laman web ini untuk mengetahui selanjutnya dan bincang dengan doktor anda.

Mengenai Kempen

For Your Sweetheart merupakan kempen kesedaran awam dan pendidikan yang dianjurkan oleh Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES), dengan sokongan oleh Boehringer Ingelheim bagi mendidik orang ramai terutamanya pesakit diabetes mengenai hubungan antara diabetes dengan penyakit kardiovaskular.

Kempen ini juga bertujuan untuk menekankan kepentingan bagi pesakit diabetes untuk menjaga kesihatan jantung mereka. Pesakit serta penjaga mereka harus memahami bahawa mereka lebih berisiko mendapat penyakit kardiovaskular. Mereka digalakkan untuk berbincang dengan doktor untuk melindungi jantung serta mencegah penyakit kardiovaskular serta kematian yang dikaitrapat dengannya.

Rujukan:

1 Einarson, T. R., Acs, A., Ludwig, C., & Panton, U. H. (2018). Prevalence of cardiovascular disease in type 2 diabetes: a systematic literature review of scientific evidence from across the world in 2007–2017. Cardiovascular, 17(1), 1–1. doi: 10.1186/s12933-018-0728-6

2 Ministry of Health Malaysia. National Health & Morbidity Survey 2015: Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems Volume II. Last accessed 16 July 2019.

3 National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Diabetes, Heart Disease, and Stroke. Available on https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/heart-disease-stroke. Last accessed 14 August 2019.

4 Card Fail Rev. 2017 Apr; 3(1): 52–55)

5 Mayo Clinic. Heart Disease. Available on https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118. Last accessed 14 August 2019.